Pendaftaran Percuma

sejuta bintang

KLik JeR

Friday, January 30, 2009

Sedikit Mengenai Penipuan MLM

Skim-skim Penipuan MLM

Di sini adalah sebahagian coretan seorang ahli Persatuan Jualan Langsung Malaysia yang berkongsi penipuan berupa MLM yang popular dan hangat di Malaysia. Ini bukan pendapat kami, tetapi hanya alih bahasa coretan penulis yang merupakan pengikut industri MLM tanah air.

1. MOBILE WALLET

Mengajak pengguna menjadi ahli dengan menawarkan khidmat pembayaran bil melalui telefon bimbit. Ditubuhkan oleh Stanley dan Ray Gan, dan kini dilaporkan berhenti membayar bonus ahli.

2. SITO (Air Oksigen)

Popular buat seketika apabila pertama kali muncul. Pengasasnya adalah Dato Robert Wong yang kini tidak lagi tersenarai dalam syarikat. Setelah habis meranapkan pasaran Melayu, mereka menumpukan perhatian ke komuniti India. Berita terkini adalah SITO tidak lagi memegang lessen MLM tetapi dalam perancangan membuka syarikat baru di bawah nama lain, dan menukar nama produknya kerana reputasi SITO sudah tercalar.

3. LAMPE BERGER

Dulu amat popular di kalangan anak muda Cina dengan tarikan kereta mewah. Pembelian produk wangian dari Paris yang kononnya mempunyai elemen aromaterapi, tetapi apabila diselidik, hanyalah wangian biasa. Kini menumpukan perhatian kepada PASARAN MELAYU. Kerana itulah iklan mereka kini kerap muncul di Harian Metro.

LAMPE BERGER sudah “mati” di Singapura, tetapi di Malaysia, orang-orang Melayu semakin ramai menyertainya. HONG KONG TVB ada mengeluarkan berita mengenai skim penipuan Lampe Berger ini.

4. MJ-Life

Skim menyuruh ahli membayar RM1000 sebagai keahlian, tanpa produk. Tetapi mereka boleh membuat pemeriksaan kesihatan percuma (yang sebenarnya lebih murah, dan tidak diperlukan) di pusat mereka.

5. Skim Rumpai Laut

Mengumpan ahli dengan konsep perkongsian satu perniagaan penternakan Rumpai Laut di Sabah. Prospek-prospek siap diberitahu wang mereka disimpan oleh Pemegang Amanah. Berhati-hati, kerana skim ini sedang hangat di pasaran.

6. MXM (sebelum ini MGM)

Popular di kalangan golongan muda dengan pembayaran kemasukan RM3000-4000 melalui EZ-Payment Kad Kredit. Dengan kemasukan, ahli boleh menjalankan pemeriksaan kesihatan di Pathlab (yang murah sebenarnya dan tidak diperlukan).

7. Gano Excel

Syarikat ini berasal dari Kedah dan menjual kapsul Lingzhi. Kini mencipta syarikat baru dinamakan Gano iTouch yang meniru gaya e-Cosway setelah Cosway juga tenggelam.

________________________________________________________________________________________

Pengajaran yang boleh kita dapati di sini adalah PRODUK memainkan peranan yang penting di dalam kejayaan dan ketahanan sesebuah Syarikat MLM. Jadi, lihat dahulu jika Syarikat MLM itu mempunyai produk yang anda boleh percayai.


3 comments:

afsal_8281 said...

wow....malatopppp!!! aku tunggu ko jd millionaire dulu eh baru aku join...ngengenge

AmbengPic said...

Power maklumat yang tuan kongsikan..

Saya amat berterima kasih kerana saya hampir2 nak sertai Lampe Berger minyak aroma terapi..

Untuk kawan2 diluar sana fikir2kanlah nasihat dari saudara slazzo nie k

Thank you bro

putra said...

betul tu..jika kita mahu menjalankan perniagaan..pastikan produk berkualiti dan sistem pay out yang halal.. Sekarang ada program pendidikan yang menggunakan multi level marketing.. dan satu2 nya MLM yang mendapat syariah compliance..dan sudah diendorsed oleh 8 menteri..kerana sistem yang digunakan tidak menindas org..yang paling penting rezeki yang kita dpt tu halal.. hubungi saya 012-9293696 (Kamal) utk preview percuma di Bandar Tasik Selatan. Kuala Lumpur.